Raia Hotel Convention Centre Kuching melancarkan harga & prebiu ramadan bufet 2024 yang bermula pada 13 Mac – 8 April 2024.
Sekitar majlis perlancaran harga & prebiu ramadan buffet. Kredit gambar: makansiasitok
Kuching, 7 Februari 2024 – Raia Hotel Convention Centre Kuching melancarkan harga dan prebiu bufet ramadan yang dihadiri oleh tetamu jemputan dan rakan media.
Sebanyak 388 hidangan dan juadah ramadan disediakan oleh pihak hotel yang merangkumi juadah ala timur tengah, antarabangsa dan aneka masakan lokal. Juadah masakan semenanjung Malaysia juga disediakan seperti Paru Masak Balado yang menjadi signature dish disini.
Stall-stall makanan seperti Ais Kacang, Shawarma, Kambing Panggang dan lain-lain. Kredit gambar: makansiasitok
Air jagung merupakan signature drink disini. Kredit gambar: makansiasitok
Aneka kuih-muih dan kek. Kredit gambar: makansiasitok
Shawarma menjadi salah satu tarikan pengunjung. Kredit gambar: makansiasitok
Pasukan Kulinari Raia Hotel, yang diketuai oleh Chef Rizal Asfia (ketiga dari kiri). Kredit gambar: makansiasitok
Harga bufet ramadan yang ditawarkan seperti dibawah:
Juh Berambeh Raia – Convention Centre
- RM150 (dewasa), RM75 (kanak-kanak) dan RM120 (warga emas).
- Harga promosi dan pembelian awal dari 7 Februari sehingga 12 Mac 2024 ialah RM120 (dewasa).
Juh Berambeh Raia di Kenyalang Restaurant (Lobby)
- RM88 (dewasa), RM44 (kanak-kanak) dan RM72 (warga emas).
Pihak hotel juga menyediakan surau & solat Terawih sepanjang ramadan bagi memudahkan pengunjung ke bufet ramadan.
Selain itu, promosi bilik sempena bulan ramadan juga dilancarkan, iaitu pakej bilik Superior Room yang berharga RM388nett untuk 2 orang, termasuk hidangan Sahur.
Tempahan korporat, pembelian baucer awal, dan tempahan boleh dibuat di 082-268 585 atau melalui whatsapp ke 011-5114 0864 atau terus di laman web www.raiahotels.com.my