Pullman Kuching anjur ‘Oriental Chinese Appreciation Dinner’.

KUCHING, 1 FEBRUARi 2024 – Pullman Kuching menganjurkan majlis makan malam penghargaan tahunan yang dinanti-nantikan, meraikan rakan-rakan niaga dari sektor korporat & kerajaan dalam pelancongan dan rakan Media.

Acara yang penuh dengan hiburan yang menarik termasuk persembahan tradisional musik Cina yang memukaukan, cabutan bertuah yang menarik, dan sesi kuiz yang menghiburkan.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai hidangan merupakan prebiu CNY Buffet Dinner di Puzzle Restaurant akan datang. Adrian Ng, Pengurus Besar Pullman Kuching, mengucapkan terima kasih dan dalam ucapan beliau, “Tonight, we gather to honor the essence of our partnerships and envision a future filled with prosperity and success. I extend my sincere appreciation to our esteemed clients and valued partners for their unwavering support throughout the years. We look forward to continuing our fruitful collaborations and creating memorable experiences together.”

Sorotan malam itu adalah acara ‘Yee Sang tossing’ yang melambangkan berkat keberuntungan, kemakmuran, dan kesihatan yang baik.

@makansiasitok Pullman Kuching telah menganjurkan majlis makan malam perhargaaan tahunan bagi rakan-rakan niaga & media pada 1 Februari 2024. Tetamu dihidangkan dengan pelbagai hidangan, merupakan prebiu CNY Buffet Dinner di Puzzle Restaurant akan datang. Kamek berpeluang juak menyertai acara utama, Yee Sang tossing yang melambangkan berkat keberuntungan, kemakmuran, dan kesihatan yang baik. Selain dari ya juak, cabutan bertuah, kuiz dan 'best dress of the night' memeriahkan agik acara malam tadik. Terima kasih pihak Pullman Kuching menjemput makansiasitok as a media partner. #makansiasitok #makanlokal #kuching #sarawak #pullmankuching ♬ Chinese New Year Music Instrumental – Schubert