Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024, September ini

Kredit gambar: Hajah Nancy Haji Shukri FB Page

Sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 Edisi Hari Malaysia akan diadakan dari 13 hingga 15 September di Kampung Budaya Sarawak di Santubong, Kuching.

Festival yang dianjurkan oleh Persatuan Gastronomi Sarawak ini adalah satu perayaan warisan kulinari negara yang kaya dan pelbagai yang mempamerkan semangat perpaduan Malaysia.

Menurut posting yang telah diumumkan oleh Hajah Nancy Haji Shukri melalui Facebook beliau, Kampung Budaya Sarawak akan dibuka kemasukkan percuma pada 14 & 15 September ini.