Sesiapa sahaja yang tidak tahu tentang tempat ini, Serapi Corner, Kuching telah beroperasi selama lebih dari sepuluh tahun, yang terletak di Kota Sentosa (Batu 7), Kuching. Rasa, pelbagai pilihan hidangan, dan kualiti makanan menjadi tarikan kepada pengunjung di sini.
Saya telah mencuba Tom Yam di sini, amat berpuas hati, dan tahap kepedasannya boleh diminta mengikut kesukaan anda. Ikan Siakap Stim, Udang Butter Nestum, Daging Masak Merah, Sotong Goreng Tepung (saya sangat menyukainya) adalah hidangan yang mereka syorkan di sini. Midin Garlic juga terdapat disini, menjadi kegemaran warga Sarawak.
Menu ala carte bermula dari jam 2 petang sehingga 10 malam. Juadah makan tengahari di sini terkenal dengan nasi campur ala kampung pelbagai lauk-pauk.
Harga yang sangat berpatutan pastinya! Sesuai untuk majlis makan malam mesra keluarga. Eh, makan malam keluarga? Makan malam pejabat? Bagitahu bos anda juga – Serapi Corner sangat bersesuaian dengan apa-apa majlis makan dan juga keraian!