Rainforest World Music Festival 2024. Apa yang patut anda tahu?

Rainforest World Music Festival (RWMF), festival yang diadakan pada setiap tahun, merupakan acara tahunan di dalam kalendar acara perlancongan Sarawak, yang menampilkan artis-artis pelbagai rentak muzik antarabangsa dan lokal.

Poster rasmi RWMF 2024

Tahun ini, RWMF 2024 mengangkat tema ‘EVOLUTION’ dan bakal diadakan dari 28 hingga 30 Jun ini, di Sarawak Cultural Village.

Tiket sudah mula dijual platform atas talian dan ejen yang telah dilantik.

Festival RWMF 2024 ini akan menampilkan persembahan artis legenda, Kitaro – The Best of Kitaro Live. Barisan artis-artis lain seperti Dato Zainal Abidin, Belle Sisoski, Alena Murang, Salam Musik, Havana Social Club dari Cuba, Alright Mela Meets Santoo (Pakistan/Perancis), Bourbon Lassi (Australia/Malaysia), Krakatau Ethno (Indonesia), Nini (Taiwan/United States), Rizal Hadi and Folk (Indonesia) dan Tribal Tide (Singapura).

Bukan sahaja acara pentas, bengkel muzik dan jualan barang kraftangan hasil buatan tempatan juga ada disini untuk tarikan para pengunjung.

Kemeriahan RWMF 2023. Kredit gambar: makansiasitok

Kenapa anda patut datang ke festival ini?

Ini sebab kenapa anda patut datange ke RWMF 2024:

1. Nikmati Muzik dengan Alam Semulajadi.

RWMF mengumpulkan pemuzik dari seluruh dunia dan mengetengahkan keunikkan muzik tradisi dan budaya mereka.

2. Mesra Keluarga

Festival muzik ini mesra keluarga jadi ia boleh dikunjungi oleh kanak-kanak hingga dewasa. Anda boleh datang bersama keluarga untuk menikmati muzik di RWMF 2024.

3. Keunikkan Budaya

Dalam festival ini, anda boleh mengenali muzik tradisional Sarawak yang diiringi oleh muzik dunia kontemporari. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa bengkel yang anjurkan untuk anda sertai, menunjukkan budaya mereka yang berbeza.

3. Permandangan Indah

Lokasi RWMF di Sarawak Cultural Village dan berlatarbelakang Gunung Santubong yang tersergam indah.

4. Makanan

Bukan sahaja festival muzik, makanan juga merupakan salah satu tarikan pengunjung. Terdapat pelbagai gerai makanan yang menyajikan sajian tempatan semasa festival berlansung. Ruang makan dan gerai ada disediakan.

5. Bengkel (Workshop)

Festival ini juga mempersembahkan pelbagai seni lain selain muzik, seni tatu, bengkel kraft tangan serta bengkel tarian.

6. Perlindungan Hutan Hujan

Menarik tentang RWMF ini adalah merupakan salah satu kempen memperjuangkan dan memberi kesedaran mengenai perlindungan hutan hujan, meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Dengan menghadiri festival ini, bermakna anda juga menyumbang kepada perubahan alam sekitar dan sosial dengan cara yang positif.

7. Pengunjung Antarabangsa

Festival yang memenangi anugerah ini bukan sahaja dihadiri oleh penduduk tempatan, malah ramai orang asing yang datang dari jauh untuk menyertai festival ini. Jadi, ambillah peluang ini untuk menyertai dan berinteraksi dengan peminat muzik yang mempunyai cita rasa dan gaya antarabangsa.

Gerai jualan dan demonstrasi kraftangan tempatan. Kredit gambar: makansiasitok

persediaan & kelengkapan untuk ke festival ini?

Beberapa perkara penting yang perlu anda bawa apabila menghadiri festival adalah pelindung matahari (suncreen), botol air, pembersih tangan, pengecas telefon mudah alih, telefon, beg sampah, wang tunai, beg kecil, baju kalis air (jika hujan), dan tiket masuk.

Anda dinasihatkan agar tidak perlu membawa terlalu banyak barang untuk menikmati festival ini.

Permandangan dan suasana yang memukaukan. Kredit gambar: makansiasitok

cara membeli tiket?

Tiket masuk boleh dibeli di platform atas talian atau ticket reseller yang terpilih. Sila klik link di bawah:

pembelian tiket RESELLER

PROGRAM PENUH RWMF2024

Ini ialah program penuh selama 3 hari RWMF2024 pada tahun ini:

Kredit gambar: makansiasitok

Kredit gambar: makansiasitok

Bagaimana untuk ke rwmf 2024?

Terdapat perkhidmatan ulang-alik (shuttle service) disediakan kepada pemegang tiket masuk di Riverside Shopping Complex.

Caj dikenakan kepada bukan pemegang tiket dengan harga RM12 per way dan RM24 return.