Kuching Festival Food Fair 2024 bakal diadakan pada Julai ini

Pintu masuk Kuching Festival Food Fair 2023. Kredit gambar: makansiasitok

Kuching Festival Food Fair 2024, diadakan pada 26 Julai hingga 18 Ogos ini.

Acara tahunan gerai makanan popular di Kuching kembali lagi pada edisi 2024, bakal berlangsung di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), beroperasi bermula seawal jam 5 petang hingga 11 malam.

Tahun ini bakal menampilkan 330 buah gerai dan permohonan gerai berserta borang pemohonan yang lengkap boleh dihantar sehingga 19 April ini. Peniaga yang berminat menyertai, boleh dapati borang permohanan disini.

Jom sama-sama kita nantikan makanan apa yang menarik pada tahun ini.