Meneroka alam semulajadi di Kampung Sadir, Kota Padawan. 2 air terjun yang sangat memukaukan, wajib anda lawati.
Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Kampung Sadir, Padawan mengambil masa 45 minit dan pendakian selama lebih kurang 1 jam 30 minit ke air terjun pertama, Bak Buan Kukuot.
Jika anda peminat alam dan penggemar hiking, perjalanan menuruni bukit tidak menjadi masalah dengan pemandangan indah yang dikelilingi bukit. Hentian pertama kami di Saloma Villagestay untuk berjumpa dengan pemandu kami, Kak Nor, dan beliau memberikan taklimat safety briefing sebelum kami memulakan perjalanan.
Air terjun Bak Buan Kukuot
Air terjun Bak Buan Kukuot
Air terjun Bak Buan Kukuot
Sepanjang perjalanan, kami melewati turunan bukit dan beberapa jambatan buluh. Kami juga ditemani oleh Moshi, seekor anjing pemandu arah. Keletihan dari pendakian dibalas dengan keindahan alam semulajadi dan air terjun Bak Buan Kukuot.
Berehat di air terjun Bak Buan Kukuot selama 1 jam
Setelah rehat selama 1 jam, perjalanan diteruskan ke air terjun kedua, Air Terjun Mabi. Ia mengambil sekitar 30 minit perjalanan dari air terjun pertama.
Air terjun Mabi
Air terjun Mabi
Teman-teman, anda patut datang ke sini untuk menikmati keindahan alam. Healing pun boleh.
- Track: Moderate
- What should I bring: Kasut getah / anti-licin, Energy Booster, Himalayan Salt, Extra Baju
- Guide info: Kak Nor – 017 6370301
- Facebook: Saloma Villagestay – Authentic Bidayuh Experience
- Info tambahan: Harga dikenakan untuk guide per trip.